Martial Arts Community
Bookmark and Share



Boxing : Mike Tyson ditahan tumbuk jurugambar
Posted by MCM on 21/11/2009 3:40:00 . News by the same author
Boxing

LOS ANGELES - Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles kelmarin, selepas dia disahkan telah menumbuk seorang jurugambar.

Menurut polis, peninju bermasalah berusia 43 tahun itu ditahan di Terminal 7 selepas berlaku pergelutan.


Advertisment

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai insiden berkenaan, namun akhbar Los Angeles Times dalam laman webnya melaporkan bahawa peninju yang pernah menggelar dirinya sebagai 'orang paling jahat di dunia' itu ditangkap selepas berlaku pergaduhan. Tyson telah menyerang seorang jurugambar paparazzi.

Insiden itu berlaku tidak lama selepas Tyson berdepan detik-detik sukar apabila anak perempuannya yang berusia empat tahun mati selepas secara tidak sengaja terjerat kabel treadmill, Mei lalu.

Tyson mencuri tumpuan tinju dunia pada pertengahan 1980-an selepas muncul juara heavyweight dunia pada 1986, di usia 20 tahun.

Malah, dia menjadi peninju yang sukar ditumbangkan selama sedekad sehinggalah kariernya mula merudum apabila dikejutkan James "Buster" Douglas pada 1990.

Pada 1992, Tyson disabitkan dengan kesalahan merogol ratu cantik di Indianapolis, Indiana. Dia meringkuk dalam penjara selepas enam tahun dan dibebaskan pada 1995. Sehingga kini, Tyson tetap menafikan telah merogol wanita berkenaan.

Bagaimanapun menurut polis, Tyson telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan semalam. - AFP
~Utusan Malaysia

Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News -


Other articles
30/7/2010 14:21:34 - Alfamart to host Asia Pacific karate championship
30/7/2010 12:51:18 - Young karatekas win 12 medals in Busan
26/7/2010 9:52:05 - Satellite Centres To Unearth Sports Talents
26/7/2010 9:50:44 - OCM finalise Asian Games selection list for Malaysia
22/7/2010 9:51:34 - Jin Keat and Yoke Wai included in Asiad squad

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.




News Gallery
Big Story

There isn't a Biggest Story for Today, yet.

What's On?
Sponsors & Partners
DAEDO Oriental World Martial Arts Supply (OMAS)



Comments
  Re: Capoeira WorkShop 2010
in Event Calendar by batata  2/5/2010 8:35
  Re:
in Photo Gallery by pancasila  2/3/2010 11:20
  Re:
in Photo Gallery by pancasila  2/3/2010 11:17
  Re:
in Photo Gallery by pancasila  2/3/2010 9:56
  Re: International TKD Club Championship 2010
in Event Calendar by victorymaa  12/1/2010 20:42