Sign Up Connect and share. Support our local martial arts. About us.

MCM Bulletin Board : Banyakkan aktiviti remaja hujung minggu
Posted by MCM on 23/7/2009 8:30:00 . News by the same author
MCM Bulletin Board


TEMERLOH - Persatuan sukan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) disaran mengadakan lebih banyak aktiviti hujung minggu melibatkan golongan remaja.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Penerangan dan Teknologi Maklumat Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, penglibatan remaja dalam aktiviti terancang boleh menghindarkan mereka daripada pelbagai gejala sosial termasuk lumba haram.



Katanya, selain mengelak gejala tidak sihat dan salah laku sosial, penganjuran aktiviti pada hujung minggu juga boleh merapatkan hubungan antara masyarakat khususnya di kalangan remaja.

"Remaja merempit dan melakukan salah laku sosial kerana bosan disebabkan tidak mempunyai aktiviti yang memberi manfaat. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk berkumpul dan melakukan aktiviti tidak mendatangkan faedah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Tinju Tomoi dan Seni Silat Pahang di Taman Rekreasi Kubang Gajah, di sini kelmarin.

Program yang dimulakan sejak kelmarin, dihadiri hampir 4,000 peminat seni mempertahankan diri terutama tomoi.

Mohd. Sharkar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang berkata, semua pihak digalakkan bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program supaya ia lebih berjaya dan mendapat sambutan masyarakat.

Beliau berkata, program seperti pertandingan tomoi dan silat itu perlu diperbanyakkan supaya masyarakat dapat mengisi masa hujung minggu mereka dengan aktiviti sihat.

Pada majlis itu, Mohd. Shakar turut meluluskan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Tinju Tomoi Temerloh untuk urusan pentadbiran persatuan tersebut.
~Berita Harian



News Gallery
News
Sponsored
What's On?

[28/11/2009] TaeKwonDo
MTA modest one-gold medal target


[29/4/2009] MCM Bulletin Board
Educational guarantee for Azizul


[23/3/2009] MCM Bulletin Board
Indonesia expects top-three finish at SEA Games


[25/12/2008] Karate
Four of nine awards for karate


[22/5/2008] MCM Bulletin Board
Koh Chye mahu atlit Olimpik berhati-hati


[12/4/2007] Pencak Silat
Silat gayong gaining popularity with teens


[26/3/2007] Boxing
Malaysians prepare for Thailand King's Cup meet


[27/2/2007] MCM Bulletin Board
Sukma 2008 from May 31 to June 9


Find us on Facebook