Strict Standards: Non-static method Protector::getInstance() should not be called statically in /home/martiala/public_html/community/xoops_trust_path/modules/protector/include/precheck_functions.php on line 12

Strict Standards: Non-static method Protector::get_bad_ips() should not be called statically in /home/martiala/public_html/community/xoops_trust_path/modules/protector/include/precheck_functions.php on line 16

Strict Standards: Non-static method Protector::ip_match() should not be called statically in /home/martiala/public_html/community/xoops_trust_path/modules/protector/include/precheck_functions.php on line 17

Strict Standards: Non-static method XoopsLogger::instance() should not be called statically in /home/martiala/public_html/community/include/common.php on line 109

Strict Standards: Non-static method XoopsLogger::instance() should not be called statically in /home/martiala/public_html/community/class/logger.php on line 228

Strict Standards: Non-static method XoopsLogger::instance() should not be called statically in /home/martiala/public_html/community/class/logger.php on line 228
Sukan Tomoi perkasakan wanita - Kick Boxing/Muay Thai - News - MCM
Sign Up Connect and share. Support our local martial arts. About us.

Kick Boxing/Muay Thai : Sukan Tomoi perkasakan wanita
Posted by MCM on 23/2/2009 9:40:00 . News by the same author
Kick Boxing/Muay Thai


Oleh ABD. HALIM HADI
rekreasi@utusan.com.my



POPULARITI sukan tinju tomoi yang semakin melonjak naik kini menarik penyertaan wanita.


MEMPUNYAI kuasa dan pangkat sebagai anggota polis tidak menjamin seseorang bebas daripada sebarang ancaman, sebaliknya tugas itu menjadikan mereka golongan yang paling terdedah kepada risiko serangan.

Atas kesedaran itu, Koperal Intan Diana Baker bersama tiga lagi rakan, Lans Koperal Siti Hawa Taib, Konstabel Norlilahwati Kaidin dan Konstabel Rohana Alias berusaha gigih melengkapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri sebagai benteng utama.

Selepas mempelajari seni silat, judo, taekwondo dan karate ketika di bangku sekolah, mereka kini beralih kepada seni bela diri Muay Thai yang lebih dikenali sebagai tomoi di negara ini.

Meskipun seni lasak itu sering dikait dan digambarkan sebagai sukan ganas dan bertentangan dengan kelembutan yang dimiliki kaum hawa, mereka mempunyai pendirian yang berbeza.

''Muay Thai adalah seni kombat praktikal yang menggunakan sepenuhnya anggota badan sebagai senjata dan benteng pertahanan diri," ujar mereka kepada WOW! di gelanggang tomoi Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Melihat tumbukan dan tendangan kencang yang dilepaskan, terbukti apa yang dipelajari mereka sejak empat bulan lalu bukanlah usaha yang sia-sia.

''Sebagai anggota polis, kami tidak terlepas daripada risiko dan setiap kali 'turun kerja' tiada jaminan yang dapat pastikan kami akan pulang ke rumah dengan selamat,"ujar Norlilahwati.

Penglibatan beliau dalam sukan tomoi bermula selepas melihat sendiri aksi rakan-rakan lelaki di gelangang tinju.

Katanya, pada peringkat asas, latihan tumbukan dan tendangan memang agak menyakitkan tetapi lama-kelamaan anggota badan akan kalis kepada semua bentuk pukulan.

''Lebam pada siku, paha dan kaki sudah menjadi perkara biasa tetapi keseronokan bertomoi memberi kepuasan pada diri sendiri," ujarnya.

Bagi Siti Hawa yang baru pertama kali mempelajari seni bela diri, sukan lasak itu membantu beliau meningkatkan keyakinan diri semasa di dalam dan di luar tugas.

Tomoi menurutnya juga membantu membentuk keberanian dan mengubah pemahaman mengenai konsep 'bela diri' terutama bagi seorang yang bergelar wanita.

''Dahulu jika diserang saya pasti mengalah, tetapi kini saya bukan sahaja yakin untuk mempertahankan diri malah lebih berani untuk menghunuskan penumbuk dan sepakan," katanya.

Tambah beliau, walaupun tugas di unit pengangkutan Polis Di raja Malaysia (PDRM) Bukit Aman lebih tertumpu kepada kerja di dalam pejabat tetapi sebagai anggota polis beliau harus melengkapkan diri dengan kemahiran penting itu.

Bagi Intan Diana pula, pengalaman mempelajari beberapa seni mempertahankan diri sebelum ini agak berbeza dengan seni bela diri Thailand itu.

''Berbanding dengan seni-seni mempertahankan diri lain yang pernah saya dipelajari, tomoi lebih fokus kepada teknik menyerang dan mempertahankan diri," jelasnya.

Selain sebagai perlindungan diri, penglibatan beliau itu turut membantu meningkatkan penghayatan dalam memikul tugas sebagai jurulatih jasmani dan kawad di Pulapol Air Hitam, Negeri Sembilan.

Latihan

Seperti juga pelatih-pelatih lelaki di pusat itu, latihan selama tiga jam lima hari seminggu peninju wanita dilatih Ketua Jurulatih Tinju dan Tomoi Pulapol (PDRM), Sarjan Rosli Yaacob yang lebih dikenali sebagai Cik Li.

Menurut Cik Li, latihan asas tomoi selama tiga bulan memberi tumpuan kepada kedudukan peninju, tumbukan, tendangan, siku, lutut dan langkah-langkah pertahanan diri.

''Kita juga memberi penekanan kepada asas pergelutan yang dipanggil 'pelam' (bahasa Siam) sebagai persediaan tempur melalui latihan tinju (sparring)," katanya Cik Li.

Jelas beliau, selepas pelatih menguasai langkah-langkah asas, ilmu akan dikembangkan menjadi kemahiran, kemudian kepada teknik dan akhir sekali dimanfaatkan sepenuhnya menjadi tektik.

Menurut bekas pembantu jurulatih tinju kebangsaan itu, pusat latihan yang bermula sejak 1999 sehingga kini telah melahirkan ramai bintang tomoi seperti Tengku Shahrizal, Nik Hafizi dan Che Arzani melalui Kelab Tomoi Kuda Merah Pulapol.

Harapan terakhir beliau adalah untuk melihat sukan tomoi diserap sebagai salah satu cabang seni mempertahankan diri di dalam PDRM.
~Utusan



News Gallery
News
Sponsored
What's On?
Find us on Facebook