Strict Standards: Non-static method Protector::getInstance() should not be called statically in /home/martiala/public_html/community/xoops_trust_path/modules/protector/include/precheck_functions.php on line 12

Strict Standards: Non-static method Protector::get_bad_ips() should not be called statically in /home/martiala/public_html/community/xoops_trust_path/modules/protector/include/precheck_functions.php on line 16

Strict Standards: Non-static method Protector::ip_match() should not be called statically in /home/martiala/public_html/community/xoops_trust_path/modules/protector/include/precheck_functions.php on line 17

Strict Standards: Non-static method XoopsLogger::instance() should not be called statically in /home/martiala/public_html/community/include/common.php on line 109

Strict Standards: Non-static method XoopsLogger::instance() should not be called statically in /home/martiala/public_html/community/class/logger.php on line 228

Strict Standards: Non-static method XoopsLogger::instance() should not be called statically in /home/martiala/public_html/community/class/logger.php on line 228
Silat ninja di Johor - Pencak Silat - News - MCM
Sign Up Connect and share. Support our local martial arts. About us.

Pencak Silat : Silat ninja di Johor
Posted by Putra on 13/8/2008 9:50:07 . News by the same author
Pencak Silat



Oleh KAMIL MASLIH


REMAJA dan belia di Johor Bahru kini berpeluang mempelajari seni mempertahankan diri Ninja Bujinkan Hachiman yang kian mendapat perhatian.
- Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR


Seni mempertahankan diri ninja mungkin agak asing di negara ini, namun ia sebenarnya telah berkembang di negeri Johor sejak empat tahun lalu sehingga berjaya menghimpunkan ramai pelatih terutamanya daripada golongan remaja.

Ternyata gerak lincah dengan penuh tipu muslihat yang menjadi aspek penting dalam seni mempertahankan diri itu mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga mampu menarik minat remaja untuk menceburinya.


Bertempat di Larkin Perdana, Johor Bahru, seni mempertahankan diri ninja yang dikenali Bujikan Hachiman itu kini memiliki seramai 120 pelatih yang terdiri daripada remaja dan belia berusia dalam lingkungan 10 tahun hingga 25 tahun.

Menurut Jurulatih Sensei, Norazlan Juahar, teknik yang diaplikasikan dalam ninja adalah amat praktikal dan ia boleh digunakan oleh para remaja untuk mempertahankan diri daripada ancaman yang tidak diingini.

"Ninja atau ninjutsu banyak menggunakan gerak badan selain daripada tipu helah untuk memperdayakan pihak musuh.

"Selari dengan peredaran zaman, ninja boleh menggunakan apa yang ada di sekeliling mereka sebagai senjata, malah beg sekolah boleh dijadikan alat untuk mempertahankan diri," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Katanya, bintang shuriken yang merupakan antara senjata popular golongan ninja juga telah diubah suai dengan duit syiling boleh digunakan sebagai senjata balingan.

Norazlan memberitahu, antara faktor yang menarik penyertaan menggalakkan daripada para remaja dalam seni mempertahankan diri tersebut adalah penganjuran kelas latihan di sekolah-sekolah di sekitar Johor Bahru.

"Kelas ninja yang ditawarkan ini menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seperti Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim, Sekolah Tun Fatimah serta Sekolah Menengah Bandar Baru Uda.

"Sambutan yang diterima dalam kelas ini amat menggalakkan kerana ia disertai pelajar lelaki dan perempuan," katanya.

Seni mempertahankan diri ninja yang ditawarkan merangkumi tiga peringkat tali pinggang iaitu putih, hijau dan hitam, namun peringkat hijau sahaja terdiri daripada 10 peringkat tersendiri.

"Para pelatih yang mempunyai kecenderungan tinggi juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dengan berlatih di negara Jepun," katanya.

Menceritakan sejarah seni mempertahan diri ninja di Malaysia, Norazlan memberitahu, seni yang berasal dari negara matahari terbit tersebut bertapak di negara ini sejak tahun 1991 di Kuala Lumpur dan diasaskan Ketua Jurulatih Sensei, James Lee.

"Bujikan Hachiman adalah satu-satunya seni mempertahankan diri ninja yang diiktiraf di negara Jepun dan kini ia berkembang meluas di banyak negara termasuk Malaysia," katanya.

Bagi individu yang berminat untuk mempelajari seni mempertahankan diri ninja di negeri Johor, bolehlah mengunjungi Dojo Bujikan Hachiman di Susur 1, Persiaran Larkin Perdana, Johor Bahru atau menghubungi Norazlan di 019-7373773 .
~Utusan Malaysia



News Gallery
News
Sponsored
What's On?

[5/8/2010] MCM Bulletin Board
Martial arts for unity


[1/3/2010] MCM Bulletin Board
Laos to host 16th Asean University Games in 2012


[22/1/2009] Boxing
Foreign teams for AK Mishra boxing meet


[30/5/2008] MCM Bulletin Board


[26/12/2007] Kick Boxing/Muay Thai
Merely 8 but deeply bitten by the kick-boxing bug


[24/11/2007] Pencak Silat
Coach believes his charges can meet target


[23/10/2007] Karate
Budokan Karate championship in Mangalore city


[14/4/2007] Judo
Judo does Lee a lot of good


Find us on Facebook